Lalu lintas mengalami kesesakan teruk dekat Bukit Tunku Kuala Lumpur akibat tanah runtuh di Lebuh Raya Mahameru dari Parlimen menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Laporan kejadian mula memenuhi alam maya apabila pelbagai pihak mengemaskini keadaan semasa di Twitter lalu lintas @kltrafficupdate sejak jam 6.30 tadi.
Terdapat sebahagian pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas teruk sehingga kira-kira 2 jam.
Sementara itu, Bernama melaporkan, jurucakap polis dari Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata runtuhan tebing bukit jalan itu b
Bagaimanapun, menurut agensi berita nasional itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Orang ramai yang hendak ke kawasan itu ketika ini dinasihat menggunakan laluan alternatif di Jalan Duta dan Parlimen sebelum mereka tembus di Bulatan Segambut di sini (Kuala Lumpur)," jurucakap itu dilapor sebagai berkata.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata sejumlah 17 anggota dan pegawai serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hartamas dikejar ke tempat kejadian.
Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berada di lokasi kejadian bagi memantau dan membersihkan runtuhan serta mengawal lalu lintas, lapor Bernama lagi.
Runtuhan itu yang kedua di kawasan itu selepas kejadian pada Mei lepas.
