Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini gagal mengepikan keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang menetapkan hukuman denda sebanyak RM5,000 ke atasnya kerana melanggar Akta Profesion Undang-undang atas dakwaan salahlaku.

Keputusan itu ekoran penerbitan tulisan bertarikh 27 September 2009 di akhbar The Star yang didakwa memuji peguam tersebut.

Pesiden Badan Peguam pada 2010, Ragunath Kesavan melaporkan perkara itu kepada lembaga berkenaan ekoran penerbitan tulisan tersebut.

Lembaga tersebut pada 5 Oktober 2012 mengarahkan Shafee membayar denda tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaleha Yusof berkata beliau mendapati mahkamah tersebut tidak perlu mengusik keputusan Badan Peguam.

[Baca berita penuh]