Lahad Datu: Umno, Tian Chua selesai saman
Diterbitkan: Jan 13, 2014 1:56 PM | Dikemas kini: Jan 13, 2014 1:59 PM
Umno akan menggugurkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua berhubung dakwaan parti Melayu itu terlihat dalam kes serangan militan bersenjata di Lahad Datuk awal tahun lepas.
Umno bersetuju menarik balik saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas Tian Chua menjelaskan pandangannya dan rela menarik balik artikel dalam akhbar web PKR Keadilandaily .
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof berkata, parti itu menerima penjelasan Tian Chua dan memutuskan menarik balik saman.
Kedua-dua pihak juga mengesahkan tiada arahan dibuat mahkamah berhubung kos.
Persetujuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop.

