Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan kewujudan dua set undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Malaysia.

“Jika digunakan dua undang-undang berbeza di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak akan menjadikan kita hidup dengan harmoni dan bersatu, bagi saya teruskan dengan dua undang-undang,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Rahman menyatakan sokongannya terhadap penyelesaian 10 perkara oleh kabinet untuk Sabah, tetapi tidak menyatakan sama ada ia patut dilaksanakan di semenanjung.

Selain itu, katanya, Rahman berkata, negara ini turut mempunyai undang-undang lain yang hanya untuk semenanjung, Sabah atau Sarawak sahaja.

“Imigresen, akta kuarantin dan pekerja antara contoh yang mana undang-undang hanya digunakan di beberapa bahagian dalam negara,” katanya.

Rahman yang juga menteri perumahan, kerajaan tempatan dan perancangan bandar berkata, tiada penyelesaian yang sempurna dalam isu kaum atau agama.

[Baca berita penuh]