MCA menggesa DAP mengkaji semula Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 – undang-undang yang MCA secara tidak langsung didakwa terlibat memperkenalkannya.

Pengerusi biro keharmonian agama MCA Ti Lian Ker ( bawah ) berkata, dengan Pakatan Rakyat kini berkuasa di Selangor, mereka harus menangani masalah dan bukannya menyalahkan MCA.

"DAP, PKR dan PAS diberi mandat untuk mentadbir dan dengan itu bertanggungjawab menggubal atau meminda undang-undang untuk penggal kedua.

"Ia kini tanggungjawab Pakatan dan bukannya dengan berdiam diri serta-merta selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi teguran awam kepada tiga wakil rakyat DAP yang mencadangkan pindaan enakmen itu," kata Ti dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut membidas kenyataan Ketua DAP Selangor Tony Pua semalam bahawa, MCA tidak mempunyai kelayakan untuk moral mengkritik selepas terlibat meluluskan enakmen yang mengehadkan penggunaan kalimah Allah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, ia enakmen yang diluluskan BN dengan sokongan daripada MCA yang memberikan hak kepada JAIS bertindak mengekang hak beragama bukan Islam.

[Baca berita penuh]