SPRM nafi remehkan rasuah sebagai persepsi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan mereka tetap komited membendung rasuah dan tidak sesekali meremehkan kesungguhan membendung amalan itu.
Pengarah bahagian komunikasi strategik SPRM Azmi Alias berkata, ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed sama sekali tidak menyamakan gejala rasuah sebagai persepsi semata-mata, seperti dilaporkan Malaysiakini semalam .
“Laporan yang tidak tepat itu telah memberi gambaran bahawa SPRM tidak serius sehingga menimbulkan salah tanggapan di kalangan pembaca, di mana ada yang menggunakan kata-kata kurang manis terhadap SPRM,” kata Azmi.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Azmi berkata, komitmen SPRM itu dilihat menerusi siri inisiatif, strategi dan programnya kebelakangan ini, antaranya termasuklah program transformasi.
Malah, kata Azmi, Abu Kassim sendiri terus menekankan usaha pembanterasan rasuah dalam ucap utamanya di Petaling Jaya semalam.
Kenyataan penuh SPRM

