Persekutuan Kristian bimbang ketegangan
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini menyatakan kebimbangannya terhadap peningkatan ketegangan ekoran penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama itu.
Pengerusinya paderi Eu Hong Seng bagaimanapun tidak terganggu dengan isu itu dan menyalahkan kepimpinan politik semasa.
“Ketika tiada hala tuju jelas kepimpinan politik, nampaknya berlaku kegilaan setiap kumpulan bagi mendapatkan perhatian media," katanya.
Semua itu, menurut Eu lagi tidak akan membantu menyelesaikan keadaan.
CFM merujuk kepada tindakan mensasarkan paderi Lawrence Andrew dalam isu itu dan ancaman demonstrasi di gereja, termasuk Shekinah Glory AG Klang dan Metro Tabernacle Church Gombak.
Selain itu, turut dirujuk iklan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di harian berbahasa Inggeris The Star bagi mewajarkan serbuan yang dilakukan mereka.

