Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menganggap mereka yang mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan lawak 'kangkung' sebagai mengejek diri sendiri.

Beliau berkata terdapat batasan antara mengejek dan berjenaka yang boleh menjatuhkan imej negara.

"Jangan fokus perkara kecil, lihat secara penuh (ucapan PM)... orang di sini ambil mengenai kangkung dan siarkan di media sosial.

"Adakah anda sedar anda mengejek pemimpin negara ini? Ia bermakna anda mengejek diri sendiri," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung di Kemaman 12 Januari lalu kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran di Internet.
 
Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.
 
Syarikat media terbesar United Kingdom BBC turut menyiarkan berita tersebut.
 
Malah hanya segelintir ahli Umno dan anggota kabinet beliau bangun mempertahankan Najib dalam isu itu.
 
Antaranya ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.
 
“Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah,” katanya yang dipetik melalui laman Twitter pada hari sama.

ADS