Menjadi kritikal kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ternyata boleh memakan diri, termasuk daripada rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Begitu yang terjadi kepada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib ( kiri ).

“Dalam dewan (negeri), saya agak kritikal kepada JAIS dan saya selalu diingatkan, 'YB, kalau hendak komen lakukan di belakang tabir. Jangan komen secara terbuka.'

“Jadi inilah tradisinya – kepercayaan apabila kamu jadi benteng Islam, kamu tidak boleh dipersoal. Kamu dilindungi oleh pihak berkuasa.

“Apabila saya usulkan untuk bahasa tentang JAIS, saya ditegur. Saya dikritik,” kata ADUN Hulu Klang itu.

Sebagai contoh, kata Saari, beliau pernah mencadangkan usul tergempar bagi membahaskan penangkapan kontroversi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh speaker ketika itu Datuk Teng Chang Khim.

Alasan diberikan, kata Saari, ia bertentangan dengan hasrat sultan, sementara laporan pada masa itu menyebut perkara itu tidak perlu disegerakan.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku Contemporary Islamic Discourse in the Malay-Indonesian World oleh zamil National University of Singapore Azhar Ibrahim dan Wacana Pemikiran Reformis oleh Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Ahmad Farouk Musa semalam.

[Baca berita penuh]