Festival Thaipusam saban tahun tak pernah gagal menyebabkan trafik Batu Caves dan kawasan sekitarnya terhenti lantaran ramainya manusia berhimpun, sama ada menyertai atau menonton perayaan unik itu.

Lebih sejuta penganut Hindu, pelancong asing serta rakyat Malaysia turut kelihatan bersama hadir ke perayaan yang memberi penghormatan kepada Dewa Muruga ini.

Sejak menjadi perdana menteri pada 2003, Datuk Seri Najib Razak hadir setiap tahun ke Batu Caves pada perayaan Thaipusam, yang juga cuti umum di beberapa negeri.

Tahun ini, Thaipusam jatuh pada hari Jumaat (17 Januari) iaitu hari sama orang Islam menunaikan solat Jumaat.

Kesesakan luar biasa hari itu menyebabkan pelbagai komen bersifat menghina dan perkauman di laman mikro, Twitter.

Antara dikesan komen bertulis :“Bodoh punya keling paria baruah anjing! Thaipusam kau, kau cuti. Aku nak pergi Solat Jumaat, kau tak bagi. Keling sakai anjing.”

Salinan mesej ini telah tersebar di Internet.

Para pemerhati menyalahkan ahli politik dari parti berasaskan kaum yang dilihat memainkan isu perkauman untuk meraih undi dan menjadi sebab kemerosotan hubungan antara kaum.

Sebelum ini MIC telah membuat laporan polis berkenaan pengguna Facebook bernama "Man Namblast" yang telah menulis status pada 18 Januari bertulis:

"Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Caves."