Prof: DAN untungkan pemain industri saja
Pengumuman Dasar Automotif Negara 2014 tidak memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan, kata ahli ekonomi Universiti Utara Malaysia, Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin.
Menurutnya, dasar itu lebih menguntungkan pemain industri automotif seperti pengeluar, pengimport dan penjual kereta.
Malah, penurunan itu juga sudah dijangka kerana ia terkandung dalam manifesto BN dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Menurutnya, keperluan yang lebih mendesak kini adalah menurunkan harga barang keperluan harian , berbanding menurunkan harga kereta.
"Apabila banyak sangat kenaikan berlaku, tumpuan terhadap kereta makin berkurangan.
"Kebanyakan rakyat lebih menumpukan mengenai harga barang keperluan seperti makan dan rumah," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian , hari ini.
Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan semalam membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

