Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan isteri-isteri wakil rakyat agar memahirkan diri dengan media sosial yang merupakan sebahagian daripada peranan masing-masing dalam membantu tugas suami mereka.

Bercakap selaku Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Rosmah  Rosmah berkata langkah itu mampu membantu BN memenangi semula hati rakyat agar menyokong BN.  

"Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, isteri-isteri wakil rakyat harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk pengetahuan asas dalam media sosial," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya lagi, isteri wakil rakyat kini bukan sahaja perlu mengiringi suami sebagai tetamu kehormat dalam majlis-majlis tetapi perlu menjadi lebih proaktif di tempat mereka.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2013/2014 di Johor.