Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwakan konsensus nasional dikemukan Datuk Seri Anwar Ibrahim tercetus daripada tekanan akibat masalah dalaman PKR dan insiden ketua pembangkang itu disekat memasuki Jepun 19 Januari lalu.

Dr Mohd Puad Zarkashi kesepakatan nasional yang dicadangkan ahli Parlimen Permatang Pauh itu helah terancang dan tidak perlu dilayan oleh BN, lapor Berita Harian hari ini,

Tambah beliau lagi, ia juga bertujuan mengalih perhatian rakyat kepada masalah yang dihadapi Anwar dan partinya.

"Konsensus nasional itu tercetus kerana tekanan dihadapinya akibat kemelut dalaman PKR serta insiden di Jepun, baru dicadangkan perkara itu.

"Bagi menutup kelemahannya, dicadangkan perkara itu. Jika Anwar berminat, beliau boleh kemukakan perkara itu di Parlimen dan semua Ahli Dewan boleh membahasnya.

"Jika kita perhatikan taktik Anwar apabila timbul sesuatu isu berkaitannya, akan ada cadangan bagi menutup kelemahannya," beliau dipetik sebagai berkata.