Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zamihan: Kassim boleh terkeluar Islam
Diterbitkan:  Feb 17, 2014 2:51 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Sebuah NGO yang rapat dengan kerajaan melahirkan rasa kesal dan marah dengan kenyataan sarjana kontroversi Dr Kassim Ahmad dalam sebuah seminar membincangkan pemikirannya semalam.

Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA) berhujah, kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.

“Semua kenyataan ini menjadikan beliau (murtad) terkeluar dari Islam," kata presidennya Zamihan Mat Zin.

Zamihan ( kanan ) menyifatkan kenyataan-kenyataan Kassim itu merendahkan martabat Nabi Muhammad, tidak masuk akal dan biadab.

Kassim semalam antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Zamihan turut menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan itu supaya ia tidak meresahkan umat Islam negara ini.

"Pihak ASWAJA bersedia untuk bermuzakarah dengan beliau berkaitan isu-isu kontroversi yang dicetuskannya pada bila-bila masa sahaja.

“Tindakan ini bertujuan supaya Kassim sedar kesilapannya dan kembali ke jalan yang benar," kata beliau.

Kassim ketika dihubungi Malaysiakini hari ini tetap mempertahankan pendiriannya dan mencabar pihak yang tidak berpuas hati untuk berdebat secara terbuka.

ADS