Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Hanya buku dilarang, Ultraman tak haram
Diterbitkan:  Mar 7, 2014 3:43 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan bahawa watak Ultraman tidak haram tetapi yang diperintah larangan ialah buku 'Ultraman The Ultra Power' sahaja.

Katanya, ia kerana buku itu didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

"Watak Ultraman tidak haram, tetapi yang dikenakan Perintah Larangan adalah edisi (Ultraman The Ultra Power) ini sahaja," kata KDN dalam satu kenyataan hari ini.

"Buku terbitan berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers," kata KDN lagi.

KDN berkata, buku itu dikenakan perintah larangan kerana kandungannya menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

"KDN mengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King.

"Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah yang sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Jika perkara ini tidak dibendung. Ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai," kata KDN.

Perkara itu, tambah KDN, dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan “Allah” dengan Ultraman.

ADS