Pluralisme mesti dibendung, titah Agong
Diterbitkan: Mar 10, 2014 12:37 PM | Dikemas kini: Mar 10, 2014 2:24 PM
Kerajaan mesti membendung pluralisme supaya tidak mengelirukan umat Islam di negara ini, kata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Baginda bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan sesi pertama persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.
Seri Paduka bertitah, kerajaan harus mengelakkan perpecahan umat Islam dan bertindak berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

