Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) semalam mengedarkan 500 kuntum bunga mawar sebagai tanda sokongan kepada keluarga kakitangan dan penumpang MH370.

Ia diedarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Everly Putrajaya, tempat keluarga penumpang pesawat itu menginap.

"Ia sebagai permulaan bagi program lain seperti doa selamat dan solat hajat.

"Pemberian bunga mawar ini simbolik (sokongan kami)," kata Penolong Setiausaha Agung MBB Ahmad Saparudin Yusup kepada Malaysiakini.

Katanya, mereka mempunyai 5,000 sukarelawan di seluruh negara daripada pelbagai latar yang tampil menyertainya.

Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan Naib Presiden MBM Low Eng Tack berkata, simbolik pemberian mawar itu bagi menyatakan harapan mereka.

"MBM juga berharap inisiatif dilakukan memberi perangsang serta semangat kepada pasukan mencari dan menyelamat untuk meneruskan misi sehingga pesawat ditemui," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen “Youth pray for MH370” di Anjung Tinjau Balai Berlepas Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa Kerja MBM Mohammad Rizan Hassan, aktiviti itu juga bertujuan menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak menjadikan media sosial sebagai medium menyebarkan maklumat tidak sahih.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS