BERITA

'Kenapa waris tak boleh cakap dengan kami'

Lee Way Loon

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Mac 2014, 8:49 pagi

Kerajaan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian media antarabangsa ekoran pengendalian situasi kecoh semasa taklimat harian kepada media berhubung perkembangan MH370 semalam.

Beberapa wartawan asing terkejut dengan situasi itu dan bingung berhubung halangan supaya waris kepada keluarga warganegara China dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu tidak bercakap dengan media.

Koresponden TV2 Denmark Benjamin Kurstein berkata, cara pihak berkuasa Malaysia menguruskan keadaan itu “amat malang”.

“Mereka ini jelas kecewa dan datang untuk luahkan kekecewaan itu... saya lihat mereka dikeluarkan daripada bilik persidangan itu.

“Tidak kira sama ada untuk melindungi mereka, atau menghentikan mereka daripada bercakap dengan akhbar, ia akan memberi imej buruk kepada Malaysia,” kata Kurstein kepada Malaysiakini semalam.

Mengingat kembali apa yang disaksikannya semalam, beliau menambah, “hampir-hampir terdapat pergaduhan antara polis dan wartawan.”

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.