Dapatan kajian terbaru Universiti Selangor (Unisel) yang mengatakan kebanyakan penduduk Kajang tidak mahu menteri besar Selangor digantikan “tidak mencerminkan sentimen rakyat”, kata timbalan presiden PKR.

Azmin Ali berkata, tinjauan itu dibuat berdasarkan “sampel yang kecil”.

Azmin sejak sekian lama dilihat sebagai pesaing terbesar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk jawatan itu.

PKR mengusahakan pilihan raya kecil Kajang bagi membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) dan beliau dispekulasikan bakal menggantikan Khalid.

Langkah itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan ekoran Mahkamah Rayuan memutuskan ketua umum PKR itu bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya dan Azmin bagaimanapun menegaskan “Langkah Kajang” belum berakhir.

“Tetapi masanya mungkin tidak kena (untuk tinjauan itu). Kami tidak mahu bercakap berhubung penggantian buat masa ini,” kata Azmin.

[Baca berita penuh]