Tee Keat kritik halus Tiong Lai
Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengulas pengendalian krisis kehilangan MH370 oleh pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau pada masa yang sama bagaimanapun dilihat mengkritik halus Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Saya gembira melihat peningkatan ketara dalam mengendalikan situasi, sejak Hishammuddin mula bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Saya percaya kerajaan bertuah mempunyai Hishammuddin ( kanan ) sebagai pemangku menteri pengangkutan... yang boleh mengendalikan media antarabangsa dan bercakap dengan baik, berbanding calon berpotensi lain yang mungkin lebuh buruk dan mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah.”
Walaupun tidak menamakan Liow, komen Ong itu dilihat jelas merujuk padanya, yang antaranya dikatakan kurang penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

