'Nyahsenarai BERNAS baik untuk petani'
Menteri hal ehwal pertanian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah menarik balik penyenaraian Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dari Bursa Malaysia akan membawa manfaat buat petani dan nelayan.
Katanya, BERNAS akan membuat bayaran sebanyak RM2 juta setahun kepada dua bekas pemegang sahamnya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS ) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).
BERNAS kini dimiliki oleh syarikat yang dipunyai ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang memiliki lebih 90 peratus saham BERNAS.
Katanya, NAFAS memperolehi RM67 juta sementara NEKMAT memperolehi RM59.5 juta daripada penjualan saham mereka, masing-masing 3.7 dan 3.2 peratus.
Kedua-dua pertubuhan itu sudah mendapat pulangan yang lumayan daripada pelaburan mereka sebanyak RM200,000 sekitar tahun 1990-an, katanya.

