Sebanyak 12 motosikal yang diletak di kawasan parkir Blok D, Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri, Jinjang di Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran kira-kira 3.19 pagi pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata lapan daripadanya terbakar sepenuhnya manakala selebihnya hanya 50 peratus musnah.

Beliau berkata pihaknya percaya motosikal berkenaan dibakar oleh individu tertentu.

Punca kebakaran sedang disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta agar menghubungi pihak polis.

- Bernama