Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) merayu kepada kerajaan-kerajaan untuk menggunakan pangkalan data menelan kos besar yang disokong oleh syarikat penerbangan bagi menyaring penumpang.

Ketua Pengarah Iata Tony Tyler ( kanan ) berkata, ini ekoran pendedahan bulan lepas bahawa dua penumpang menaiki pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) menggunakan pasport curi pada 8 Mac.

“Sama ada terdapat dimensi keselamatan terhadap tragedi ini, dua penumpang yang menaiki pesawat dengan pasport (curi) memerlukan tindakan segera,” katanya di Kuala Lumpur pagi ini.

“Ia menelan belanja jutaan dolar daripada penerbangan setiap tahun untuk menyediakan Advanced Passenger Information (API) kepada sebahagian 60 kerajaan.

“Saya selalu tertanya-tanya sama ada mereka menggunakannya.”

Tyler barkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan dan syarikat penerbangan mempunyai hak menuntut keselamatan lapangan terbang dipertingkat.

Malaysia dikritik hebat daripada polis antarabangsa Interpol kerana tidak menggunakan pangkalan data berkaitan pasport curi, yang membolehkan dua penyamar menaiki pesawat malang MH370 itu.

[Baca berita penuh]