Kemarahan di China ke atas kerajaan Malaysia berhubung krisis MH370 tidak menghalang rancangan untuk membawa dua ekor beruang panda ke negara ini.

Perkara ini disahkan oleh Huang Huikang, Duta China ke Malaysia dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulangi jaminan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri James Dawos Mamit bahawa Beijing tidak kecewa dengan Malaysia berhubung pengendalian krisis kehilangan pesawat tersebut.

“Kerajaan China tidak mengkritik Malaysia berhubung MH370. Kritikan itu daripada keluarga penumpang dan rakyat,” kata Dawos.

Beliau menegaskan bahawa Beijing akan “memenuhi janji” berhubung beruang panda tersebut dan mamalia tersebut akan dibawa dengan penerbangan MASkargo dari Chengdu ke Kuala Lumpur.

Panda berkenaan dijangka akan tiba ke KLIA pada pagi 15 April.

Dawos turut mendedahkan bahawa lapan orang pegawai Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan empat pakar veterinan dihantar untuk menjalani latihan di Dujiangyan Giant Pandas Conservation And Disease Control Centre.

[Baca berita penuh]