Amerika belanja RM10.8 juta cari MH370
Diterbitkan: Apr 3, 2014 10:53 AM | Dikemas kini: Apr 3, 2014 3:00 PM
Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah membelanjakan lebih AS$3.3 juta (RM10.8 juta) untuk operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370, menurut jurucakap Pentagon pada Rabu.
Kolonel Tentera Steve Warren berkata, Jabatan Pertahanan membelanjakan AS$3.2 juta antara 8 dan 24 Mac untuk mencari Boeing 777-200ER yang hilang semasa penerbangan Kuala Lumpur-Beijing lebih tiga minggu lalu.
Peruntukan itu untuk kapal laut, helikopter dan pesawat carian, kata Warren kepada pemberita, lapor Reuters.
Dana itu diambil daripada dana AS$4 juta Tabung Kemanusiaan Bantuan Sivik dan Bencana Luar Negara Pentagon.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.