Sekumpulan ADUN DAP mengeluh mengenai kerahsiaan yang menyelubungi cadangan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) dan kerajaan persekutuan yang dilihat enggan mencari alternatifnya.

Mereka kecewa kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) projek tersebut, dengan alasan ia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

"Mengapa ia di bawah OSA? Ini bukan mengenai kapal selam, kapal

perang atau jet pejuang. Ia bukan isu keselamatan negara dan tidak ada sebab untuk merahsiakan TIA itu," kata ADUN Bukit Gasing, R Rajiv dalam satu sidang media di stesen LRT Asia Jaya di Petaling Jaya hari ini.

Rajiv bersama dengan Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku), Yeo Bee Yin (ADUN Damansara Utama) dan Ng Sze Han (ADUN Kinrara), menggesa pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan supaya maklumat itu diberikan.

Yeo berkata maklumat itu diperlukan untuk rakyat memutuskan pendirian mereka berhubung projek berkenaan.

Pada hari Rabu, penduduk mengadakan bantahan di luar sekretariat kerajaan negeri Selangor dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan harapan kerajaan negeri yang mempunyai kuasa ke atas halehwal tanah, boleh menghalang projek kerajaan pusat itu.

Lebuh raya bertingkat sepanjang 14.9 km itu akan bermula dari

utara di tol NKVE Damansara dan menuju ke arah selatan ke Lebuhraya Bukit Jalil dekat Kinrara, melalui di tengah-tengah Petaling Jaya.

Yeo mengakui terdapat lima lebuh raya dari timur ke barat tetapi hanya satu lebuh raya utara ke selatan iaitu Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP) yang terlalu sesak.

Oleh itu, Yeo berkata beliau tidak menentang lebuh raya tetapi jajaran yang sedia ada Kidex yang merentas koridor sempit di di kawasan ramai penduduknya, tidak boleh diambil ringan.

Beliau menambah Putrajaya perlu serius dalam mengambil kira alternatif seperti LRT atau Bas Rail Transit (BRT) untuk laluan yang sempit manakala lebuh raya jajaran utara-selatan seperti Kidex boleh dibina di tempat lain yang lebih sesuai seperti di atas penjajaran LDP yang sedia ada.

[Baca berita penuh]