Najib ziarah Haron Din di IJN
Diterbitkan: Apr 12, 2014 9:32 PM | Dikemas kini: Apr 12, 2014 9:33 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.
Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.
Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.