Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada semakan kehakiman pada buku guna 'Allah'

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) daripada memulakan semakan kehakiman ke atas rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap buku keagamaan Kristian yang menggunakan perkataan Allah tujuh tahun lepas.

Dalam keputusan yang bakal mengecewakan umat Kristian di Sabah dan Sarawak itu, mahkamah tinggi memutuskan, ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes antara ketua uskup gereja Roman Katolik dan KDN.

"Kita diikat oleh keputusan mahkamah yang lebih tinggi, yang memutuskan penggunaan 'Allah' tidak penting dalam kepercayaan dan anutan Kristian," kata Hakim Datuk Zaleha Yusof.

"Sehingga itu, kita diikat dengan keputusannya dan mahkamah ini terpaksa menolak permohonan, tanpa kos," kata Zaleha.

Buku-buku tersebut ialah buku keagamaan kanak-kanak yang dirampas pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada Ogos 2007.

Presiden SIB Datuk Jerry Dusing dalam jawapan segera berkata mereka akan merayu keputusan itu kerana “perkataan Allah penting dalam kepercayaan dan penggunaan medium arahan dalam Bahasa Malaysia".

Menurut Dusing, buku tersebut dalam perjalanan ke Sabah dan Sarawak dari Indonesia, sebelum dirampas pihak berkuasa.

[Baca berita penuh]

ADS