Menteri: Borang Pakatan pun ada 'kaum' juga
Menteri Kabinet Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan ruangan “kaum” dalam borang rasmi kerajaan, yang menurutnya bukan satu perkara yang buruk.
Untuk menggambarkan maksudnya, beliau berkata negeri ditadbir Pakatan Rakyat juga mengekalkan ruangan tersebut dalam borang rasminya kerana berpendapat ia satu data penting.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu turut menyiarkan borang parti PKR dan juga borang dikeluarkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang menunjukkan ruangan “kaum” tersebut.
"Identiti kaum bukan bertujuan untuk digunakan dari sudut negatif perkauman. Identiti kaum bertujuan untuk mengutip statistik yang berharga, agar program sosial kerajaan dan dasarnya terarah dan tepat.
"Kenapa identiti bangsa penting kepada kerajaan? Tanya (kerajaan) Selangor. Di sebaliknya retorik mereka, borang mereka turut mengandungi ruang 'kaum'.
"Malah, PKR juga dikenali parti berbagai bangsa. Borang keahlian memerlukan kamu menyatakan bangsa. Anda fikirlah sendiri," katanya melalui twitternya.
Mengulas perkara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjawab bahawa tindakan itu disebabkan kerajaan negeri mengikut amalan yang ditetapkan kerajaan pusat.
"Kerajaan negeri tertakluk kepada peraturan kerajaan persekutuan sebagai satu sistem berpusat," katanya.

