MP: Buktikan air lombong selamat baru fikir saman
Seorang MP pembangkang mengejek ancaman Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk menyaman pihak yang mempersoalkan kualiti air yang diambil dari bekas lombong apabila setakat ini masih belum ada bukti kukuh bahawa air itu selamat.
MP Klang Charles Santiago berkata ia begitu 'ironi' bahawa LUAS membuat "kenyataan yang mengganggu itu" memandangkan ia adalah agensi kerajan negeri yang bertanggungjawab mengurus sumber air.
"Ia ironi bagaimana agensi khusus yang menguruskan air boleh menolak penyelidikan akademik yang dibuat bertahun-tahun dan dapatan pakar lapangan yang diterbitkan dalam jurnal yang terkenal.
"Selain itu, LUAS tidak memberikan analisis kredibel menolak keputusan dan dapatan para penyelidik itu," kata Santiago dalam kenyataannya hari ini.
Beliau merujuk terhadap dakwaannnya sebelum ini yang memet dua kajian Universiti Malaya yang mendapati air bekas lombong di Bestari Jaya tercemar dengan arsenik, penyaduran kromium, kuprum, plumbum, zinc dan tin.

