Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Najib boleh, tapi saya tak akan saman Mkini

Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan menyaman mana-mana portal berita walaupun mereka mengutuk beliau, tidak sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Abdul Razak.

Kos untuk mendapatkan khidmat peguam adalah satu faktor, di samping beliau tahu bahawa kutukan dan pujian adalah lumrah pada orang politik, kata bekas presiden Umno itu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saman Najib terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, penerbit Malaysiakini, dan dua editornya berkaitan penyiaran komen pembaca.

"Saya tak akan saman, mereka boleh kata saya macam-macam. Saya tak akan saman kerana ini adalah politik. Dalam politik, anda akan dikutuk dan anda akan dipuji."

Sebagai contoh, kata Mahathir, beliau tahu ada yang memanggilnya "anti-hadis" dan "kafir".

PAS, kata Mahathir, juga melabelkan orang Umno sebagai Kafir.

[Baca berita penuh]

NOTA : Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 30-halaman terhadap Malaysiakini dan editornya, boleh diakses di sini .

ADS