MCA membidas ADUN DAP Selangor kerana hebat mengkritik projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), sedangkan parti itu adalah sebahagian daripada exco yang meluluskan projek itu pada 2012.

 

"Exco kerajaan negeri Selangor yang memberi kelulusan kepada projek Kidex.

"ADUN DAP hendaklah berhenti menyalahkan menteri besar Selangor mengenai isu Kidex kerana beliau seorang sahaja tidak boleh meluluskan Kidex," kata Ketua Pemuda DAP Bahagian Petaling Jaya Utara, Andy Lee Vee Meng dalam satu kenyataan hari ini.

 

Lee berkata, antara pemimpin DAP yang menjadi exco ketika itu ialah

Teresa Kok dan Ronnie Liu, selain Ean Yong Hian Wah dan Datuk Teng Chang Khim (kiri) yang masih menjadi exco.

 

ADUN penggal pertama, Yeo Bee Yin (Damansara Utama) dan R Rajiv (Bukit Gasing), yang menang dalam pilihan raya umum 2013, mengkritik Khalid kerana pendiriannya menyokong projek kontroversi itu.

Lee berkata, bagi Rajiv, Yeo dan yang lain-lain untuk mendakwa

mereka tidak menyedari tentang Kidex dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menimbulkan tandatanya, dan beliau turut mempersoalkan kejujuran dan kecekapan mereka.

"Mereka tidak berunding dengan penduduk tempatan sebelum meluluskan Kidex," Tegasnya.

 

Katanya, exco sama yang sama yang diterbitkan warta pada 18 Julai 2013, di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah, dengan membekukan 3,784 lot tanah dalam jarak 100 meter daripada projek lebuhraya itu daripada diurusniaga.

[Baca berita penuh]