Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN PKR dilarang hadiri sambutan merdeka
Diterbitkan:  Aug 29, 2014 6:00 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Undangan ke sambutan Hari Merdeka peringkat negeri Pahang terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR Lee Chean Chung dibatalkan ekoran penggantungannya daripada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lee berkata, DUN melarangnya menghadiri acara itu kerana beliau telah digantung dewan untuk dua sesi kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai " palsu " pada November tahun lalu.

Minggu lalu, Lee berkata, beliau menerima SMS daripada setiausaha kerajaan negeri mengundangnya ke raptai dan sambutan rasmi kemerdekaan pada Ahad.

“Bagaimanapun, saya terima panggilan telefon daripada setiausaha kerajaan negeri yang memberitahu bahawa undangan pada saya dibatalkan.

“Saya tidak dibenarkan hadir ke acara pada Ahad, kerana saya digantung dua sesi oleh DUN,” kata Lee.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS