Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenapa laporan RCI Sabah tak didedah?
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 9:13 AM
Dikemaskini: 9:16 AM

Rakyat Sabah hari ini menyambut Hari Merdeka dengan masih tidak mengetahui kandungan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang haram di negeri itu, kata DAP.

Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi ( kiri ) berkata, walaupun siasatan tentang operasi yang dikatakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk dijadikan pengundi itu, dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Mei, bagi orang ramai, ia kekal rahsia.

"Apa yang buatkan kerajaan begitu keberatan untuk mendedahkan laporan itu?

"Adakah kerajaan ada menyembunyikan sesuatu?" kata Edwin dalam kenyataannya hari ini.

ADUN Kepayan itu berkata, pendengaran awal RCI sebelum ini mendedahkan sebuah plot untuk menukar populasi negeri daripada majoriti bukan Islam kepada majoriti Islam.

Menurut Edwin, setiap rakyat Malaysia juga  berhak mengetahui hasil penemuan daripada RCI tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen