WAWANCARA Masalah di kalangan umat Islam bukan soal kepelbagaian, tetapi bagaimana menguruskannya, begitulah pandangan tokoh Islam Liberal Indonesia Ulil Abshar Abdalla.

Katanya, jika orang Islam terus mengamalkan sikap 'eksklusif', ia akan menyebabkan banyak orang Islam lain dianggap 'murtad' atau 'kafir'.

Ulil justeru menggesa umat Islam mengamalkan sikap yang lebih

'inklusif' dan menerima kepelbagaian pandangan sesama Islam bagi memperkayakan tradisi mereka sendiri.

Ini, tegas Ulil, cara terbaik untuk memerangi fundamentalisme sesama umat Islam.

“Walaupun umat Islam memiliki satu kitab, iaitu al-Quran, orang Islam sebenarnya terpecah-pecah dalam pelbagai mazhab atau garis teologi.

“Sejak dari awal lagi, kepelbagaian wujud dalam masyarakat Islam dan akan begitu selama-lamanya sehingga hari kiamat,” katanya kepada Malaysiakini melalui wawancara e-mel.

Ulil asalnya dijadual bercakap dalam perbincangan meja bulat berhubung isu ancaman fundamentalisme agama anjuran NGO Islamic Renaissance Front (IRF) pada 18 Oktober.

Beliau bagaimanapun disekat daripada memasuki Malaysia selepas

bantahan NGO Islam di Malaysia.

Berikut transkrip wawancara bahagian akhir daripada dua bahagian laporan:

Malaysiakini: Bagaimana anda bandingkan fundamentalisme agama di Malaysia dan Indonesia? Nampaknya di Indonesia orang awamnya konservatif; tetapi di Malaysia kedua-dua pihak – orang awam dan pihak berkuasa – sama-sama konservatif. Adakan anda setuju?

Ulil : Seperti yang saya sebut sebelum ini, Indonesia dan Malaysia berkongsi cabaran sama peningkatan konservatisme, dan juga fundamentalisme. Pascareformasi, suasana Indonesia lebih bernasib baik.

Negara demokratik yang dinikmati warga Indonesia hari ini membolehkan orang agama terlibat dalam pengalaman pemikiran dan kepercayaan yang bebas sama sekali.

Orang muda Indonesia ghairah membincangkan pelbagai isu, termasuk bertemakan Islam, dari pelbagai sudut pandang.

Pendekatan berbeza terhadap pengajian Islam dieksperimen, yang melahirkan pelbagai trend pemikiran Islam.

Kamu ada Islam Liberal, Islam progresif, Islam feminis, tafsiran Islam mesra LGBT, Islam transformatif, teologi pembebasan gaya Islam, di samping wacana tradisional sedia ada: Islam Shafie, Islam Ashari, Islam sufi dan seterusnya.

Tetapi Indonesia juga mempunyai kelemahannya sendiri untuk ditangani.

[Baca berita asal/wawancara penuh]