Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM1.1 bilion antara 2008 hingga 2013 untuk membayar pampasan kepada semua pemegang konsesi lebuh raya di seluruh negara untuk menghalang mereka menaikkan kadar tol seperti yang dinyatakan dalam penjanjian.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan dijangka akan mengeluarkan lagi RM400 juta dalam bentuk pampasan bagi tahun 2014.

Jumlah RM400 juta merupakan jumlah tertinggi yang kerajaan belanjakan sejak 2008 kerana ia masing-masing dibayar sebanyak RM339 juta dan RM310 juta pada 2012 dan 2013.

Daripada 15 lebuhraya yang disenaraikan, Lebuh raya Sprint dan Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) adalah penerima terbesar dengan masing-masing berjumlah RM281.84 juta dan RM257.78 juta sejak lima tahun lalu.

[Baca berita asal]