Penjawat awam dipuji lahirkan jutawan
Diterbitkan: Nov 4, 2014 1:27 PM | Dikemas kini: Nov 4, 2014 5:09 PM
Mempertahankan perkhidmatan awam Malaysia daripada kritikan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memuji penjawat awam yang membantu melahirkan jutawan dan memastikan pembangunan negara.
Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu sesi soal jawab, Shahidan berkata jumlah yang melakukan kesalahan yang dinyatakan dalan laporan itu adalah "bilangan yang kecil" berbanding sejumlah 1.5 juta penjawat awam dalam negara.
"Saya berterima kasih kepada mereka kerana membangunkan negara ini dan melahirkan jutawan seperti T Ananda Krishnan and Lim Goh Tong," katanya bagi menjawab soalan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang).

