MP Sibu, Oscar Ling mempersoalkan sekiranya esei berdasarkan cerpen 'Melissa' yang menonjolkan persoalan mengenai peristiwa berdarah 13 Mei wajar diterbitkan sebagai bacaan para pelajar.

Katanya, cerpen itu menjadi pokok persoalan dalam satu buku kontroversi yang mengandungi soalan contoh peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Hinggakan, penerbit buku kertas soalan contoh itu terpaksa memohon maaf terhadap bentuk soalan yang dipersembahkan dalam penerbitan berkenaan, katanya.

Ling berkata beliau akan tetap membangkitkan isu berkenaan memandangkan buku tersebut sudahpun diedar secara meluas.

“Walaupun buku ini ditarik balik (dari pasaran), ia sudahpun diedar meluas dan para pelajar kita diberitahu bahawa sekolah vernakular menjadi penyebab masalah hubungan kaum di sini,” katanya.

Buku model soalan terbitan syarikat Info Didik itu memuatkan soalan kontroversi, antaranya berhubung motif “kaum Cina sanggup membunuh orang Melayu” - yang dianggap tidak sensitif.

Ia berdasarkan kandungan cerpen 'Melissa' karya Sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain yang dimuatkan dalam teks bacaan pelajar tingkatan empat, antologi 'Harga Remaja' terbitan kerajaan.

[Baca berita penuh]