Dari pukul 4 petang 22 November, Malaysiakin i - portal berita pertama di negara ini - akan membuka pintunya kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya yang ke-15.

 

Sebagai memperingati sambutan tersebut, laman web ini yang mula beroperasi 20 November 1999, akan melancarkan perasmian pejabat barunya yang dikenali sebagai @Kini yang terletak di Seksyen 51, Petaling Jaya.

                       

Dan anda semua dijemput untuk bersama-sama meraikannya.

"Pelancaran itu akan memberikan kami kesempatan untuk                  

mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada semua pihak yang telah menyokong Malaysiakini, " kata ketua pengarang kumpulan, Steven Gan.

           

"Terutama kepada penyumbang kempem 'Buy a Brick' kami dan mereka yang telah bersama dengan kami sepanjang 15 tahun Malaysiakini bergelut untuk mendapatkan pembiayaan bebas. Pelanggan kami memainkan peranan yang penting untuk memastikan kami mampu untuk mencapainya."

 

Dari pukul 4 petang hingga 7 malam, penyokong Malaysiakini dan para penyumbang berpeluang melawat bangunan baru itu di Jalan Tandang, bertemu dan warga Malaysiakini dan mengetahui apa yang berlaku di belakang tabir.    

Selepas itu, dari jam 7 malam hingga 11 malam, akan diadakan satu jamuan terbuka di luar bangunan dengan makanan dan minuman halal yang menyelerakan.

 

"Anda juga akan dapat menemui warga kerja yang menjadikan laman web Malaysiakini paling berpengaruh di negara ini. Bawalah bersama orang tersayang dan rakan-rakan anda ke majlis 'rumah terbuka' kami. Kami ingin sekali untuk bertemu dengan mereka," kata Gan.

Setiap  penyumbang kepada kempen'Buy a Brick' penyumbang akan menerima dua pas percuma ke majlis pelancaran dan makan malam. Bagaimanapun, tetamu tambahan perlu membeli tiket berharga RM50 setiap satu, yang akan dijual pada hari pelancaran.

 

Semasa lawatan itu, mereka yang hadir akan dapat untuk memeriksa 'The Wall' setinggi tujuh kaki, yang terdiri daripada 1,040 bata berserta nama penyumbang.

 

Sokongan hebat orang ramai yang membeli bata dan ubin yang bernilai RM1.6 juta, telah membantu Malaysiakini merealisasikan impiannya untuk berpindan ke pejabatnya sendiri.

 

Kempen selama enam bulan 'Buy a Brick' yang dilancarkan tahun lepas menyaksikan beberapa individu dan sebuah universiti menyumbang sehingga RM50,000 setiap satu, dengan bata RM1,000 yang terakhir dibeli oleh seorang penyokong jauh dari Hawaii.

Bangunan baru, misi yang sama

 

Dengan bangunan baru ini, keluarga Malaysiakini tidak lagi akan duduk di ruang sempit dengan kerusi patah dan meja terpakai.

 

Sebaliknya mereka sekarang akan ditempatkan di dalam bangunan yang luas 10,000 kaki persegi, di mana bahagian dalaman direkabentuk oleh Ambrose Poh.

 

Keluarga Malaysiakini telah meningkat dengan ketara dengan pelancaran KiniBiz dan penjenamaan semula seksyen video sebagai KiniTV awal tahun ini untuk meneruskan misi bagi menyampaikan berita dan pandangan yang independen untuk rakyat Malaysia.

@Kini Juga akan mempunyai pusat Webcast secara langsung yang pertama di negara ini, di mana penonton boleh berinteraksi di tempat tersebut dan di Internet sewaktu forum dan perbincangan secara langsung di studio.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini , Premesh Chandran berkata  warga kerjanya akan merindui Bangsar Utama - tempat yang menjadi rumah Malaysiakini telah selama hampir 12 tahun.

"Namun demikian, kami percaya bangunan baru ini akan membolehkan kami untuk berkembang dan pergi lebih jauh ke dalam bidang baru yang bersinergi dengan visi dan misi kami." "

 

Chandran berterima kasih kepada semua membantu untuk menjadikan bangunan baru itu sebuah realiti - dari mereka yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan kepada PJ 51 - pemaju taman perniagaan industri yang menjadi lokasi Malaysiakini - kontraktor pengubahsuaian dan juga para kakitangan.

 

"Kami berharap semua rakan-rakan dan penyokong kami akan menyertai kami untuk pelancaran bangunan baru itu."

 

Tempahlah kehadiran anda di majlis pelancaran itu sebelum 15 November dengan klik pada pautan ini. Sila nyatakan juga jumlah orang yang anda bawa bersama anda. Semua pihak dijemput.