MP: MRCB kaut hasil dari kenaikan tol CIQ
Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) boleh mengaut hasil sehingga RM4.3 bilion daripada kenaikan tol Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru, selepas berakhir perjanjian konsesinya, kata Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.
Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, selain itu, Teo berkata, dalam bulan Ogos sahaja, MRCB, yang mengutip hasil kutipan bayaran tol yang dinaikan daripada pengguna yang menggunakan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), berjumlah RM11 juta.
"Jumlah ini telah dinyatakan di dalam laporan tahunan MRCB bahawa jumlah pelaburan bagi EDL adalah RM1.2 bilion.
"Walaupun MRCB ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi kemudahan kompleks CIQ, tetapi keuntungan yang mereka dapat daripada kutipan tol masih terlalu tinggi," katanya.
MRCB mempunyai tempoh 34 tahun perjanjian dengan EDL.

