DAP hari ini mempersoalkan tindakan Kementerian Perumahan dan Kesejahteraan Bandar menganugerahkan kontrak untuk memperbaiki dan mengurus insinerator di Pulau Pangkor, Perak.

Menurut MP Serdang, Ong Kian Ming, kontraktor itu XCN Technologies Sdn Bhd dikenal pasti sebagai tidak layak dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam.

Bercakap dalam sidang media dilobi parlimen hari ini, Ong mendakwa syarikat itu gagal dalam membina dan menyelenggara empat insinerator bernilai hampir RM200 juta sebelum ini.

Bagaimanapun Ong mendakwa pada April tahun ini syarikat yang sama diberi kontrak bernilai RM3.5 juta untuk membaiki dan mengurus insinerator di Pangkor.

[Baca berita asal]