Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Didik mereka jangan nakal-nakal di Golok'
Diterbitkan:  Nov 13, 2014 3:42 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam meminta pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz untuk “mendidik” penduduk Kelantan untuk tidak menyeberang sempadan ke Thailand dan kemudian dijangkiti HIV.

Nik Abduh dalam forum pada Selasa berkata, kadar HIV dan Aids yang tinggi di Kelantan berlaku ekoran kedudukan negeri itu yang dekat dekan Golok, Thailand – yang mana dadah dan pelacur mudah ditemui.

Ekoran itu, Subramaniam berkata, tindakan menyeberang sempadan adalah keputusan peribadi dan beliau menyarankan Nik Abduh ( kanan ) mendidik rakyat setempat tidak terjebak dalam aktiviti yang menjejaskan kesihatan.

“Ia pilihan individu. Jadi saya fikir MP Pasir MAS harus pulang bertemu rakyat Kelantan, didik mereka, kuatkan mentaliti mereka dan lain-lain.

“Jadi, di sebalik pilihan yang ada, mereka tidak menyeberang sempadan dan buat perkara-perkara nakal,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang turut hadir ke majlis itu menyuarakan pandangan sama.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS