Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ong Hong Peng berkata promosi makanan halal dan tidak halal kepada pelancong akan dijalankan mengikut pasaran sasaran dan kecenderungan tertentu.

Beliau diminta mengulas keputusan kementerian untuk tidak mengetengahkan makanan halal dalam festival Fabulous Food 1Malaysia (FF1M) 2014 selepas menerima teguran Ketua Audit Negara dalam laporan 2013.

Katanya, festival itu juga akan tetap menggunakan nama FF1M dan bukannya “Halal Food Festival” seperti dicadangkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pesta yang tidak menonjolkan makanan tidak halal.

“Nama FF1M akan dikekalkan kerana makanan pelbagai kumpulan etnik akan diketengahkan,” kata Ong kepada Malaysiakini menerusi emel.

Kementerian itu kelmarin mengumumkan untuk tidak lagi menonjolkan makanan tidak halal selepas teguran ketua audit negara.

"Tiada masalah bagi 2014 kerana kita telahpun memastikan bahawa semua makanan yang dihidangkan adalah halal,” kata Ong dalam satu sidang media semalam.

Tindakan berkenaan menerima reaksi negatif para usahawan pelancongan tempatan.

[Baca berita penuh]