Laporan Malaysiakini mengenai prosiding rayuan kes liwat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati paling seimbang di kalangan media online, demikian menurut tinjauan yang dilakukan minggu lalu.

Tinjauan oleh Pusat Kewartawanan Independen (CIJ) mendapati laporan Malaysiakini dilihat paling seimbang dengan 40 peratus positif terhadap Anwar, 31 peratus neutral dan 29 peratus negatif.

NGO itu mengadakan tinjauan mengenai laporan berkaitan rayuan kes liwat II di Mahkamah Persekutuan bermula 28 Oktober hingga 8 November lalu.

Tinjauan pusat itu juga menyebut laporan The Malay Mail Online pula mendapati 58 peratus lebih positif kepada Anwar; 19 peratus liputan neutral manakala 23 peratus liputan negatif.

Bagaimanapun, dalam laporan akhbar pula - yang dianggap paling seimbang untuk media cetak - mempunyai banyak laporan negatif: 39 peratus negatif, 33 peratus positif dan 23 peratus neutral.

Laporan media online secara umumnya didapati lebih seimbang berbanding media cetak, kata pusat itu dalam satu kenyataan.

CIJ memantau portal berita  Malaysiakini, The Malay Mail Online dan The Malaysian Insider, sementara akhbar pula ialaha The Malay Mail, Sinar Harian, The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia.

[Baca berita asal]