MCA Selangor menggesa Menteri Besar Azmin Ali memberikan kredit terhadap peranan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memulangkan Bible yang dirampas kepada masyarakat Kristian.

Setiausahanya Ng Chok Sin ( kiri ) berkata, Azmin tidak patut “merampas” tugas baik sultan yang secara aktif bekerja di belakang tabir sebelum Azmin menjadi menteri besar lagi.

“Sebagai MB, Azmin patut jujur dan berterus terang daripada awal, dengan mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, bukan mengelirukan orang awam supaya berfikir bawa dia yang membuat keputusan sukar itu,” kata Ng.

Azmin dilimpahi pujian di Internet selepas Bible berbahasa Melayu yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, terdapat sumber istana mendakwa, Azmin tidak memainkan sebarang peranan untuk memastikan perkara itu berlaku.

[Baca berita asal]