Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa bahawa dasar pendidikan negara yang bersifat populis telah mewujudkan jurang kaum dan kekayaan yang luas di kalangan pelajar sekolah.

"Ia seolah-olah ibu bapa yang miskin mesti menerima pendidikan yang lemah untuk anak-anak mereka, supaya ahli politik boleh jadi popular," tulis beliau dalam blognya hari ini.

Malah semua cucunya kini belajar di sekolah antarabangsa atau melanjutkan pelajaran ke luar negara, kata Dr Mahathir, walaupun anak-anaknya sendiri belajar di sekolah kebangsaan.

"Mereka (cucunya) bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan mereka meluaskan jurang antara bangsa, begitu juga antara yang miskin dan kaya," katanya.

Dr Mahathir mengaitkan sewaktu negara mahu menukar semua sekolah ke sekolah kebangsaan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantarnya, anak-anak daripada budaya yang berbeza boleh mengenali dan rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, katanya, selepas bantahan daripada masyarakat Cina, mendorong kerajaan membuat "keputusan bersifat politik" dengan membenarkan sekolah vernakular diwujudkan.

[Baca berita asal]