Zunar dipanggil polis untuk kali ke-2
Kartunis politik Zunar dipanggil buat kali kedua di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, KL berhubung siasatan bawah Akta Hasutan 1948 sekitar penerbitan dua bukunya.
NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memberitahu, Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque dipanggil untuk disoal siasat pada jam 3 petang esok.
Zunar disiasat bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan sekitar penerbitan buku kartun Konspirasi Memenjarakan Anwar dan Pirate of the Carry-BN , kata penyelaras Suaram Serene Lim .
Zunar dijadual hadir esok dengan ditemani peguamnya.
Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditahan dan dibawa balai polis Putrajaya kerana menjual buku itu.
Suaram berkata, sebanyak 44 buah buku Zunar dirampas dan kesemua ditahan disiasat bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen4(1)(c) Akta Hasutan 1948, dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Bukan itu sahaja, pada 13 November, pengendali laman web Zunar juga dipanggil polis untuk siasatan bawah Akta Hasutan.

