MP Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata kerajaan sepatutnya mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar ke atas semua ubat berjadual.

Menurutnya, pada masa kini kerajaan mengenakan kadar cukai sifar ke atas Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML) namun ia hanya meliputi kira-kira 13 peratus daripada jumlah keseluruhan ubat.

Sebanyak 87 peratus ubat lain dikenakan GST, kata Ling.

Katanya, penguatkuasaan kadar cukai itu bercanggah dengan Dasar Ubat Nasional yang menekankan "ubat berkualiti dan mampu diperolehi oleh semua".

"Saya berharap agar kerajaan mengkelaskan semula semula ubat berjadual di bawah kadar GST sifar demi rakyat miskin, bagi menterjemahkan dasar kerajaan prihatin menjadi realiti," katanya.

Ling yang juga seorang ahli farmasi berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.

[Berita penuh menyusul]