Balu kepada mendiang P Balasubramaniam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor tanpa surat pendadbiran, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu.

“Harus ada pemeteraian arahan daripada mahkamah sebelum beliau memfailkan prosiding undang-undang,” kata peguam Hafarizam Harun, yang mewakili Najib dan Rosmah.

Tiada surat pentadbiran daripada plaintif pertama AS Selvi, yang memfailkan saman RM1.9 juta atas kapasiti peribadi dan  balu yang sah kepada Balasubramaniam, katanya.

Hafarizam berkata, timbul keraguan sama ada Selvi boleh bertindak bagi pihak Bala, atau sama ada beliau boleh bertindak sendiri atas kapasiti peribadi.

Plaintif mendakwa terdapat konspirasi yang memaksa suami dan keluarganya membuang diri di luar negara, tetapi, jika ia benar-benar wujud, ia hanya melibatkan Bala dan bukan Selvi.

“Jika terdapat persetujuan untuk konspirasi... ia tidak dirancang untuk plaintif, dan memberikan kesan buruk kepada dia (Selvi),” katanya semasa penghujahan untuk mengetepikan perbicaraan itu.

Mahkamah menetapkan 11 Disember untuk menyampaikan keputusan.

[Baca berita asal]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini