Kesihatan mental orang asal merosot ekoran layanan terhadap kehidupan dan identiti mereka, menurut laporan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas) kepada pelapor khas kesihatan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Dainius Puras.

Puras baru-baru ini melawat kampung orang asal di Sabah untuk melihat keadaan kesihatan penghuninya.

Joas berkata laporan yang dikemukakan menggariskan kesan penempatan semula dan dakwaan diskriminasi terhadap golongan itu.

“Ia menyebabkan kehilangan kehidupan dan tanah tradisi, yang meletakkan mereka dalam keadaan tertekan kerana identiti dan hak-hak sebagai orang asal tidak diiktiraf,” kata Setiausaha Agung Joas Mary Giun.

Laporan itu menghuraikan bahawa tinjauan dan analisis statistik tidak memadai untuk mendedahkan status quo kesihatan mental kumpulan itu.

Ia, sebaliknya hanya boleh ditemui melalui perjumpaan dan dialog langsung dengan anggota masyarakat itu.

[Baca berita asal]